Your Ad Here

Assalamualaikum,

kali ini, saya akan menyentuh tentang bagaimana anda dapat menambahkan komen kepada cell anda. Ianya amat berguna untuk memberi peringatan atau arahan kepada pengguna worksheet kita di masa hadapan.

Pada kebiasaannya, pengguna excel cuma akan menambahkan perkataan sebagai komen padahal, gambar juga boleh ditambah.

Kita akan bermula dengan cara menambahkan komen pada cell,

1. Right klik pada mana-mana cell yang dikehendaki
2. Pilih insert comment
3. Tuliskan sebarang mesej yang mahu dipaparkan
4. Klik pada cell tersebut untuk melihat komen yg telah ditambah

Cara-cara untuk meletakkan gambar pada cell pula adalah seperti berikut:
1. klik butang kanan mouse
pilih Show/Hide comments, dan kosongkan sebarang teks dari komen
2. pergi ke bucu kotak komen anda dan right klik.
3. Pergi ke format comment
4. Pada tab colors & lines, pilih menu drop down untuk warna dan tekan fill effect
5. Pada tab gambar, tekan gambar dan pilih gambar yang dikehendaki dan tekan aspect ratio untuk mmemastikan gambar pada komen anda pada saiz yang asal
6. Tekan insert dan klik ok.

Selamat mencuba.

Assalamualaikum,

saya harapa anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, pernahkah anda mengalami masalah semasa menggunakan excel seperti terpaksa berulang2 kali copy dan paste dua set data dari dua column berbeza untuk dimasukkan kedalam satu column baru yang menggabungkan kedua2 set data tadi?

Kali ini saya akan mengajar anda dua cara mudah untuk menggabungkan data tersebut. Mari kita mulakannya..

Didalam jadual dibawah ter kandung nama kenalan dan nama bapa mereka.


Jika kita mahu membuat satu column baru tentang nama penuh mereka, Saya menyarankan anda menggunakan 2 cara ini mengikut kesesuaian

1. Menggunakan fungsi Concatenate

Klik cell C2 dan tekan butang function


pilih fungsi concatenate

1. untuk text 1, pilih column pertama (dari A2 ke A10)

2. untuk text 2, isikan " bin "

3. untuk text 3, pilih column kedua (dari B2 ke B10)


4. Tekan Ok
5. Klik cell C2, dah pilih bucu bawah kanan sehingga cursor bertukar menjadi "+"
6. Drag ke bawah untuk menyalin formula


Cara kedua pula, klik cell C2 dan masukkan arahan ini
=A2&" bin "&B2
dan tekan enter. Drag kebawah seperti tadi. Selamat mencuba