Assalamualaikum,
kali ini, saya akan menyentuh tentang bagaimana anda dapat menambahkan komen kepada cell anda. Ianya amat berguna untuk memberi peringatan atau arahan kepada pengguna worksheet kita di masa hadapan.
Pada kebiasaannya, pengguna excel cuma akan menambahkan perkataan sebagai komen padahal, gambar juga boleh ditambah.
Kita akan bermula dengan cara menambahkan komen pada cell,
1. Right klik pada mana-mana cell yang dikehendaki
2. Pilih insert comment
3. Tuliskan sebarang mesej yang mahu dipaparkan
4. Klik pada cell tersebut untuk melihat komen yg telah ditambah
Cara-cara untuk meletakkan gambar pada cell pula adalah seperti berikut:
1. klik butang kanan mouse
pilih Show/Hide comments, dan kosongkan sebarang teks dari komen
2. pergi ke bucu kotak komen anda dan right klik.
3. Pergi ke format comment
4. Pada tab colors & lines, pilih menu drop down untuk warna dan tekan fill effect
5. Pada tab gambar, tekan gambar dan pilih gambar yang dikehendaki dan tekan aspect ratio untuk mmemastikan gambar pada komen anda pada saiz yang asal
6. Tekan insert dan klik ok.
Selamat mencuba.
Menambahkan komen (tulisan & gambar) pada cell microsoft excel
Posted by Fuzzy_Rolls | 10:32 PM | 1 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dah dpt masukkan gambar dlm cell.. thanks! :)