Your Ad Here

Bijak Excel : Sorting

Posted by Fuzzy_Rolls | 4:36 PM | 0 comments »

Kali ini saya akan menulis tentang fungsi sorting(Menyusun). Seperti fungsi filter, Sorting juga amat berguna semasa menggunakan jadual dan melukis graf. Untuk memudahkan lagi pemahaman anda terhadap topik ini, sila lihat contoh yang saya sertakan di bawah.

Sebagai contoh, selepas anda melakukan sebuah kajian tentang kekerapan pengguna jalan raya dan jenis-jenis kenderaan yang melalui jalan tersebut. Setelah mengenal pasti jenis-jenis kenderaan dan bilangannya, anda ingin menyusun jadual tersebut dari jenis pengguna yang paling ramai ke bawah.

1. Highlightkan keseluruhan jadual

2. Pergi ke
-->Data>Sort

-->Sort by>column c(klik pada no header row)>descending(dari nilai besar ke kecil)>ok

Jadual telah disusun semula berdasarkan column c


Tutorial versi video disediakan dibawah:


Selamat mencuba.

Feedback pembaca

Posted by Fuzzy_Rolls | 2:18 AM | 0 comments »

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian,

Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dari pembaca sekalian untuk memajukan blog ini. Sila kemukakan sebarang pertanyaan kepada saya dan insyaallah saya akan memberi respon dengan kadar yang segera. Teruskan bersama kami.

Terima kasih,
Fazrul

Auto filter

Posted by Fuzzy_Rolls | 7:51 PM | 3 comments »

Auto filter ialah satu fungsi yang dapat digunakan bersama-sama dengan jadual. Fungsi ini memudahkan kerja lebih-lebih apabila jadual tersebut mempunyai beribu-ribu entry. Sebuah jadual yang tidak mempunyai fungsi auto filter tidak mesra pengguna dan rumit untuk dikendalikan. Contohnya adalah seperti berikut:


Jika jadual yang sama menggunakan fungsi autofilter, kita dapat mengasingkan maklumat berkaitan pelanggan dengan lebih mudah. Untuk memasukkan fungsi autofilter,

-->Highlightkan Header table>data>filter>autofilter


Jadual yang mempunyai fungsi autofilter kelihatan seperti ini

Andaikata anda mahu berapa kenalan anda dari syarikat Alatulis, anda hanya perlu klik pada nama syarikat dan pilih syarikat yang dikehendaki. Seperti dibawah


Selamat mencuba

Kepada saudara anonymous,
Untuk melihat video tutorial, sila klik link dibawah
http://www.mediafire.com/?4njg1z2yzjh

Tutorial secara online juga disediakan

Untuk melukis graf, sebuah jadual yang mengandungi data yang diperlukan perlu dibina terlebih dahulu. Berikut adalah jadual yang telah disediakan sebagai contoh kepada para pembaca sekalian.

Jadual diatas menunjukkan bilangan pelajar yang tidak hadir ke kelas untuk 3 kelas selama satu minggu. Langkah-langkah untuk membina graf adalah seperti berikut:
-->insert>chart

-->standard type>chart type>column(contoh)>next

-->datarange. Pilih Data didalam worksheet seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.

-->next>Isi maklumat yang diperlukan untuk setiap paksi x & y>finish

-->Inilah graf yang sudah siap.


Cara yang lebih mudah untuk membuat graf ialah dengan menekan butang F11 dan excel akan membina graf secara automatik dari data yang diperolehi dari jadual.

Selamat mencuba

Asas Penggunaan Excel

Posted by Fuzzy_Rolls | 4:59 PM | 0 comments »

Dalam penggunaan excel, ada beberapa istilah yang penting untuk diketahui seperti..

1)worksheet(lembaran kerja)

2)row (baris)

3)column (lajur)

4)Cell (kotak)


Istilah ini akan digunakan secara menyeluruh didalam posting kelak disamping istilah-istilah baru yang akan diperkenalkan apabila tiba masanya.

Menu Options

Posted by Fuzzy_Rolls | 4:26 PM | 0 comments »




--Tools>options



Secara default, excel akan menyembunyikan fungsi yang jarang digunakan oleh pengguna. Ini akan melambatkan kerja pada jangka masa panjang. Saya menyarankan supaya anda membatalkan fungsi tersebut dengan

--Tools>options>View>Object>Show all

atau

--Tools>customizes>options>personalized menus & tool bars>always show full menu

Apabila selesai, semua menu dropdown akan dipaparkan.

Kepada mereka yang baru kepada excel, tahukah anda bahawa excel mempunyai fungsi seperti kalkulator saintifik. Ini amat berguna lebih-lebih lagi kepada pelajar universiti yang mahu menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan yang kompleks.

Excel akan mengira sebarang fungsi matematik secara automatik atau secara manual (F9)
Bagi pengguna yang mahu excel mengira secara automatik, sila ikuti arahan dibawah:

tools>options>calculation>calculation>automatic (tekan ok)

Sila ajukan sebarang pertanyaan kepada saya. Selamat mencuba

Short cut key

Posted by Fuzzy_Rolls | 1:58 AM | 0 comments »

Dalam penggunaan perisian microsoft dalam tugas seharian, terdapat arahan-arahan pendek (short cut key) yang dapat memudahkan kerja kita tanpa perlu kita menekan ikon fungsi tersebut. Berikut deisenaraikan shortcut key yang sering digunakan:

Penggunaannya akan mempercepatkan kerja seharian kita. Cubalah ye. =)